Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

SELATAN THAILAND , 20-22 JUN 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan lawatan kerja dan diskusi isu pernikahan yang berlawanan dengan Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam warganegara Malaysia di Selatan Thailand bersama Konsulat Jenaral Malaysia di Songkhla dan Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand pada 20 hingga 22 Jun 2023. Lawatan kerja dan diskusi ini turut diurusetiakan secara bersama oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Delegasi lawatan kerja dan diskusi ini telah diketuai oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama 40 orang ahli deligasi yang terdiri daripada KPNCR Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Ketua Pendaftar JKSN/MSN dan Hakim-Hakim Syarie. Turut bersama dalam program ini adalah YBrs. Tuan Hj Nassir bin Hj Abdul Aziz selaku Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Hj. Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bah. KSK JAKIM, YDH DCP Dato’ Haji Ghazali bin Hj. Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia, YAA Tuan Kamal Bashah bin Dato' Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie JKS Negeri Sembilan dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah BPKR JKSM.

Program ini melibatkan diskusi di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla yang diketuai oleh Tuan Sohaimi bin Ahmad, Konsul di KJM dan turut bersama secara dalam talian adalah mantan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Tuan Muhammad Ridzuan bin Abu Yazid. Diskusi turut diadakan di kelima-lima Wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun. Objektif program ini adalah untuk mengadakan penyelarasan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi membendung isu nikah sindiket ini. Selain itu juga program ini bertujuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Selatan Thailand terutama dalam urusan nikah, cerai dan rujuk yang melibatkan warganegara Malaysia. Perbincangan dua hala, pandangan dan nasihat telah berjaya diadakan di kelima-lima Wilayah tersebut.

Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dalam ucapan berharap agar perjumpaan sesi diskusi ini akan berhasil bagi menyelaras peraturan mengenai urusan perkahwinan dalam usaha mengelakkan perkahwinan yang salah, sendikit atau tidak mengikut undang-undang. Sebarang isu-isu yang timbul dapat dibincangkan dan bersama-sama menyelesaikan isu serta masalah berhubung pengurusan perkahwinan warganegara Malaysia di Thailand dapat diselarasakan. Pendekatan dan tindakan bersepadu serta kerjasama erat antara semua pihak amat penting yang perlu melibatkatkan JAKIM, JKSM, JAIN,JKSN/MSN, Jabatan Pendakwaan dan agensi berkepentingan seperti Kementerian Luar Negeri. Tindakan strategik akan dilaksanakan selepas lawatan ini dalam usaha menangani isu perkahwinan sindiket ini. Aspek penyelarasan undang-undang, prosedur dan penguatkuasaan undang-undang amat penting disamping kefahaman yang jelas perlu diberikan kepada masyarakat awam agar perkara ini dapat dibendung.

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 1

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 2

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 3

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 4

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 5

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 6

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 7

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 8

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 9

Lawatan Kerja Dan Diskusi Isu Pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Nikah Sindiket Warganegara Malaysia Di Selatan Thailand 10