Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

Kedah, 15 Julai 2023 - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Majlis Ihtifal KAFA Tahun 2023M / 1444H bertempat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK iaitu Yang Berbahagia  Dato' Syeikh Ismi Anuar bin Haji Abdul Halim mewakili Pengarah JHEAIK.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta dan  Guru-guru KAFA yang  mengambil bahagian di dalam majlis tersebut. Dalam ucapannya lagi, beliau menyatakan bahawa dengan adanya program tersebut, secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan murid-murid KAFA Negeri Kedah.

Majlis Ihtifal KAFA merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi mempertingkatkan Agenda Pendidikan Anak-anak Islam supaya bakat mereka dapat digilap seiring dengan Pemacu Arus Perdana Pembangunan Modal Insan agar dapat diperkasakan dengan jayanya dari semasa ke semasa mengikut transformasi Malaysia Madani.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Khat, Tulisan Jawi, Bercerita Kisah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan Nasyid. Daerah Baling telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Johan bagi setiap acara akan dibawa ke peringkat seterusnya iaitu    Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan (IKK) yang akan diadakan pada 25 -27 Ogos 2023  di Negeri Sembilan.


Majlis Ihtifal Kafa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023m 1444h 1 min

Majlis Ihtifal Kafa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023m 1444h 2 min

Majlis Ihtifal Kafa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023m 1444h 3 min