Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
12 September 2023 - Sesi libat urus JAKIM melibatkan Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan Bahagian Pendidikan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Anuar bij Abd. Rani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM bersama lima orang pegawai dan disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafeezudin bin Abirerah, KPP Bahagian Pendidikan, JAIPs, para pegawai dan penyelia di JAIPs. Perbincangan telah diadakan di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (DTSFPJ), JAIPs.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan cadangan penyelarasan Program KAFA dan penambahbaikan perjawatan penyelia dan Guru KAFA di bawah Strategi 1: Memperkukuh institusi pendidikan Al-Quran dan Fardu Ain, Teras 5, Program KAFA Perdana bagi menjayakan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (AL-FALAH) yang dilancarkan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara fokus lain dalam sesi libat urus ini adalah bagi mendapatkan penerangan prestasi Guru KAFA dan melihat pengoperasian KAFA di Perlis di samping menyelaras aspek-aspek penting dalam pelaksanaan KAFA berdasarkan Peraturan-peraturan Pelaksanaan Program KAFA. Libat urus ini juga telah berpeluang mengadakan lawatan mahabbah ke dua buah Premis KAFA di KAFA Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka, Chuping dan KAFA SABK Sekolah Rendah Islam 2, Felda Mata Ayer, Padang Besar (U).

Jalinan strategik dan kolaborasi melalui sesi libat urus ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik dengan JAIPs selaku Agensi Pelaksana KAFA Negeri. Diharapkan juga sesi libat urus dan penyelarasan Program KAFA ini dapat menambah baik pelaksanaan KAFA di Perlis sekaligus memberi manfaat yang banyak kepada murid dan Guru KAFA serta masyarakat insya-Allah.

#transformasikafa
#PelanAlFalah
#bdkijakim

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 1

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 2

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 3

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 4

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 5

SESI LIBAT URUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS 6