Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
HULU LANGAT , 8 NOVEMBER 2023 - Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM dan AADK daerah Hulu Langat, Selangor hari ini meneruskan penganjuran Program Terapi Psikospiritual Islam kepada Klien AADK Daerah Hulu Langat Selangor dalam siri yang kelima. Program kali ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak Masjid At Taqwa, Bandar Bukit mahkota yang menyediakan tempat kemudahan fasiliti masjid dan makan minum para peserta.

Program siri ini dihadiri  seramai 48 org Klien AADK yang sedang menjalani tempoh pengawasan daripada pihak AADK daerah hulu langat di daerah Kajang khususnya.

Peserta memulakan program dengan solat sunat dhuha berjemaah dan kemudian mengikuti slot yang disampaikan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, yang merupakan pengamal perubatan Islam dan Fasilitator KSK CARECENTRE yang menyampaikan dan mempraktikkan kaedah rawatan diri melalui Ilaj Syarie. Slot kedua pula berkaitan Makrifatun Nafs yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Latif bin Ismail yang juga merupakan pengamal perubatan Islam dan Fasilitator KSK CARECENTRE.

KSK JAKIM berharap dapat membantu para klien dari sudut terapi kerohanian dan mengukuhkan pegangan agama dalam membantu kepulihan para klien dan akan meneruskan penganjuran program ini.

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 1

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 2

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 3

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 4

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 5

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 6

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 7

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 8

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 9

๐—”๐—”๐——๐—ž ๐——aerah ๐—›ulu ๐—Ÿangat ๐—ฆelangor ๐——i ๐— asjid 10