Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
19- 21 Januari 2024 Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Mesyuarat Postmortem Program Kokurikulum Tahun 2023 bertempat di De Baron, Langkawi
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Fadzil bin Abu Kasim,Pengarah Bahagian Pendidikan dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Program Kokurikulum Peringkat Kebangsaan dan Pegawai Kokurikulum Jabatan Agama Islam Negeri - negeri
 
Pada hari kedua mesyuarat, ahli mesyuarat dibawa melawat ke Maahad Tahfiz Darul Amar dan Pondok Tarbiah Auladiah Darul Ulum di Langkawi bagi mengenal sistem pembelajaran yang terdapat di tahfiz dan pondok.
 
Sebagaimana yang diketahui, Program Kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan, pihak yang terlibat dalam program ini ialah pelajar-pelajar program kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pelajar-pelajar dari Sekolah-Sekolah Menengah Agama di bawah penyelarasan Jawatankuasa penyelarasan pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK).
 
JAKIM  sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksana program kokurikulum di peringkat kebangsaan merupakan lanjutan pertandingan di peringkat negeri, yang sentiasa memberi kerjasama erat dan sumbangan besar dalam menjayakan program kokurikulum pada setiap tahun menjadi kenyataan. Bahagian Pendidikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan mesyuarat post mortem pelaksanaan program kokurikulum peringkat kebangsaan tahun 2023.


Program Kokurikulum 09

Program Kokurikulum 01

Program Kokurikulum 04

Program Kokurikulum 02

Program Kokurikulum 03

Program Kokurikulum 06

Program Kokurikulum 07

Program Kokurikulum 08

Program Kokurikulum 10