Kurator Berita : Darul Quran

30 Januari 2024 – Dalam usaha memperkukuh mutu dan prestasi perkhidmatan pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran terhadap pelanggannya, Unit Kolej Kediaman Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Delegasi Darul Quran telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Nur Aizad bin Azahari selaku Ketua Unit Kolej Kediaman bersama empat pegawai lain termasuk penyelia-penyelia asrama. Ketibaan rombongan Darul Quran telah disambut mesra oleh Pengawai Perhubungan Awam ABPM Wilayah Tengah, PKPgB Tn. Noorzawahir bin Busu dan Puan Nooraisyah binti Kamarul Bahrin.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bertujuan untuk membina jaringan kerjasama dua hala antara pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran dengan APBM Wilayah Tengah bagi  memudahkan penyelarasan kerja antara  kedua belah pihak. Selain dapat merencana, merancang dan menggembleng tenaga dengan cara kolaborasi pintar serta usaha sama yang strategik antara kedua-dua pihak untuk memacu kecemerlangan institusi masing-masing.

Pertemuan berlangsung selama lebih dari satu jam tersebut dimulai dengan taklimat tentang pengenalan pengurusan ABPM Wilayah Tengah. Seterusnya sesi perbincangan serta pertukaran pendapat antara kedua-dua pihak dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata.

Pengurusan Kolej Kediaman Darul Quran mengucapkan ribuan terima kasih kepada ABPM Wilayah Tengah atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Hasil daripada kunjungan ini diharapkan memperoleh manfaat dalam usaha ke arah pemantapan tadbir urus khususnya bagi Unit Kolej Kediaman Darul Quran.


KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 07

KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 02

KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 03

KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 04

KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 05

KOLEJ KEDIAMAN DQ ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI BOMBA KKB 06