Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 13 MAC 2024 – Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) 2024-2026 oleh YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM di Pejabat Ketua Pengarah, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya (KIP).

Dalam majlis tersebut, YBhg. Datin Paduka Ketua Pengarah JAKIM menyampaikan amanat beliau dengan mengharapkan gabungan pengalaman dan kemahiran kesemua Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia dapat melonjakkan Yayasan Ihtimam Malaysia ke arah yang lebih cemerlang bagi sesi 2024-2026.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia yang dilantik dapat bekerjasama dengan pihak JAKIM dan pihak kerajaan untuk menangani isu sosial masa kini khususnya dalam kalangan umat Islam yang semakin mencabar pada masa kini.

Senarai Ahli-ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) bagi Penggal 2024-2026 :

  • Dato’ Haji Razali bin Shahabudin sebagai Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Dr. Haji Ruslan bin Said sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Dato’ Haji Muhadzir bin Mohd Isa sebagai Naib Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Tuan Mohamad Kori bin Jusoh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Dato’ Abd Rahman bin Husin sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Dato’ Izhar bin Abu Talib Ahli sebagai Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Tuan Haji Zakuan bin Sawai sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Puan Hajah Pauzaiyah binti Haron sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Dr. Mohd Nasir bin Abdul Aziz sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Prof. Dr. Irwan bin Mohd Subri sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Prof. Madya Dr. Nor Wahiza binti Abdul Wahat sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia

IHTIMAM MALAYSIA 1

IHTIMAM MALAYSIA 2

IHTIMAM MALAYSIA 3

IHTIMAM MALAYSIA 4

IHTIMAM MALAYSIA 5

IHTIMAM MALAYSIA 6

IHTIMAM MALAYSIA 7

IHTIMAM MALAYSIA 8

IHTIMAM MALAYSIA 9

IHTIMAM MALAYSIA 10