Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA, 13 Mac 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan satu Libat Urus berkaitan Cadangan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI bersama pihak Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan selaku rakan strategik dalam pelaksanaan inisiatif ini. Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM.
 
Objektif utama inisiatif ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan penghayatan nilai-nilai murni melalui pengukuhan dasar negara dan pembangunan insan berteraskan Maqasid Syariah. Tujuan libat urus ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dan pandangan semua ahli mesyuarat mengenai cadangan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI, khususnya terhadap Teras Pengukuhan Pembangunan Nilai dengan tumpuan pelaksanaan program pengukuhan nilai tersebut di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing.

Inisiatif ini adalah salah satu pendekatan untuk memperluas dan memperkasakan peranan JAKIM seperti disarankan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri agar memberikan impak signifikan dalam penerapan dan penghayatan nilai dalam pelbagai bidang dan dasar pembangunan negara secara lebih meluas.

Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Nilai Madani Bersama Kementerian Dan Jabatan 02

Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Nilai Madani Bersama Kementerian Dan Jabatan 01

Libat Urus Cadangan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Nilai Madani Bersama Kementerian Dan Jabatan 03