Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
24 April 2024, Kota Kinabalu - Bahagian Penyelerasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM dengan kerjasama Cawangan Integriti, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Badan Kebajikan Islam Kastam Malaysia (BAKISKA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah telah mengadakan Program Chit Chat Integriti Siri 2/2024: Seminar Pemahaman Undang-Undang Syarak dan Sivil Tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Khazali, Menara Kastam Sabah.

Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian "Jaminan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terhadap Institusi Sosial & Kekeluargaan Masyarakat Madani" oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio Pengarah Kanan Kehakiman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan disusuli dengan forum Santai "Cinta ini Membunuhku" oleh ahli panel Ustazah Noordianah binti Haji Alwi, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM Sabah dan Tuan Bukhari bin Mokhtar, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Moderator Tuan Zaidi bin Hussin Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Program di akhiri dengan acara rasmi yang dirasmikan oleh  YBhg. Datoโ€™ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Turut bersama YBhg. Dato Haji Mohd Nasir bin Deraman, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah,YBrs. Puan Aspalillah Binti Awang Tuah Pengarah Kastam W.P Labuan, YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM,YBrs. Tuan Jumain bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM Sabah.

Diharapkan program sebegini dapat memberi impak positif kepada para peserta seminar sekaligus program yang dianjurkan bersama ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara JKDM dan JAKIM.

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

GAMBAR 6