Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 3-5 Mei 2024 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama (JKPPSA) dan Jawatankuasa Perkhidmatan Kesihatan Institusi Pendidikan Islam Bil. 1 Tahun 2024 bertempat di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru Mesyuarat anjuran Bahagian Pendidikan JAKIM ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.

Melalui ucapan perasmian tersebut, YBrs. Pengarah sempat menegaskan bahawa Mesyuarat JKPPSA merupakan wadah terbaik untuk membincangkan tindakan dan permasalahan yang berkaitan dengan sekolah agama dan perkhidmatan institusi pendidikan Islam. Mewakili pihak JAKIM, beliau juga menyatakan sekalung penghargaan atas usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada pelajar-pelajar yang berada di Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Tahfiz serta Sekolah Pondok yang berdaftar di bawah pihak berkuasa agama negeri. Mesyuarat yang dihadiri oleh 50 orang pegawai mewakili pihak berkuasa agama negeri dan pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM ini memfokuskan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan Penyelarasan Perlaksanaan Sekolah Agama dan Perkhidmatan Kesihatan di Institusi Pendidikan Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Turut dibincangkan sepanjang mesyuarat termasuklah pembentangan Garis Panduan Karnival Inovasi Sekolah Menengah Agama Malaysia (KISMAM), laporan penyaluran Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi Pendidikan Islam serta perbincangan mengenai Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) bagi Data Tadika, Sekolah Agama, Tahfiz, Pondok dan Kelas KAFA. Ahli mesyuarat juga telah mengadakan Lawatan Kerja Strategik ke Maahad Tahfiz Al-Iman, Johor Bahru bagi meninjau projek pembangunan hasil Bantuan Peruntukan Kerajaan Persekutuan.


MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 01

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 02

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 03

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 04

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 05

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA JKPPSA 2024 06