Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
16 MEI 2024, KUALA LAWAS - Slot "Ibu, Guru Pertamaku" mewarnai hari pertama Karnival Rahmah MADANI Peringkat Negeri Sarawak. Karnival anjuran Pejabat Timbalan Premier Sarawak dan JAKIM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat ini berlangsung selama 2 hari iaitu dari 16 hingga 17 Mei 2024 bertempat di Dataran Tebingan Sungai (Waterfront), Kampung Dato', Kuala Lawas, Sarawak.

Bersempena Hari Guru pada 16 Mei dan Hari Ibu yang disambut pada 12 Mei yang lalu, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM memilih tema "Ibu, Guru Pertamaku" bagi mengiktiraf peranan ibu sebagai guru pertama dan rumah sebagai sekolah atau madrasah pertama di mana setiap anak-anak mendapat pendidikan awal mengenal Maha Pencipta. Ibu adalah guru pertama yang mengajar anak-anak bertutur, bertatih, berjalan, dan berlari, malah insan yang mengenalkan anak-anak kepada 123, alif ba ta, dan ABC.

Program ini diserikan dengan ceramah interaktif oleh penceramah selebriti Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud, Penolong Pengarah Kanan JAKIM. Lebih kurang 100 orang peserta lelaki dan perempuan yang terdiri daripada penduduk sekitar Kuala Lawas menyertai program ini. Kegembiraan terpancar di wajah para peserta wanita apabila dihadiahkan sekuntum mawar merah oleh penceramah.

Sambil ibu bapa mendengar ceramah, anak-anak pula teruja mengekspresi kretiviti masing-masing dalam Pertandingan Mewarna Kad Ucapan Hari Ibu. Pertandingan ini disertai lebih 50 orang kanak-kanak tadika sekitar kuala Lawas berumur 6 tahun ke bawah.

Alhamdulillah, program seperti ini dilihat memberi ruang dan peluang kepada para pengunjung dan masyarakat setempat bagi menyatakan penghargaan dan kasih sayang mereka terhadap ibu masing-masing. Disamping itu dapat meningkatkan pemahaman para ibu dan bapa akan peranan penting mereka dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak sejak dari kecil.

IBU GURU PERTAMAKU 01

IBU GURU PERTAMAKU 02

IBU GURU PERTAMAKU 03

IBU GURU PERTAMAKU 04

IBU GURU PERTAMAKU 05

IBU GURU PERTAMAKU 06

IBU GURU PERTAMAKU 07

IBU GURU PERTAMAKU 08

IBU GURU PERTAMAKU 09

IBU GURU PERTAMAKU 10