Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Kuala Terengganu – 16 Mei 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengadakan program Konsultasi Kod Etika Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Mengiringi Orang Yang Ditangkap ke Mahkamah atau Tempat Tahanan.

Program konsultasi yang telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan penyertaan 60 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Terengganu tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Aizi Saidi bin Abd Aziz, Ketua Penolong Pesuruhjaya Syariah, Bahagian Penguat Kuasa JHEAT dan YBhg. Ustazah Nafizah binti Md Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, BPPPS.

Objektif program konsultasi ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai kepentingan etika dan integriti Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) dalam pelaksanaan tugas mereka serta memberi kefahaman mengenai tatacara mengiringi orang yang ditangkap ke mahkamah atau tempat tahanan sekaligus mempertingkatkan keberkesanan tugas-tugas Pegawai Penguat Kuasa Agama semasa mengiringi orang yang ditangkap ke mahkamah atau tempat tahanan.

Program konsultasi ini juga merupakan salah satu usaha penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM bagi membantu memperkemaskan tindakan penguatkuasaan Syariah. Konsultasi Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama & SOP Mengiringi ini telah disampaikan oleh Puan Norhidayu binti Rusali dan Tuan Ahmad Zul Fadhli bin Abd Rasid dari Cawangan Penyelarasan Penguatkuasaan, BPPPS.

Pembangunan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama Ke Arah Ketelusan Fungsi Penguatkuasaan Dan Profesionalisme 01

Pembangunan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama Ke Arah Ketelusan Fungsi Penguatkuasaan Dan Profesionalisme 02

Pembangunan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama Ke Arah Ketelusan Fungsi Penguatkuasaan Dan Profesionalisme 03

Pembangunan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama Ke Arah Ketelusan Fungsi Penguatkuasaan Dan Profesionalisme 04