Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Satu perbincangan susulan telah diadakan bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diadakan pada 21 Mei 2024 bertempat di JAKIM. Perbincangan ini bertujuan bagi meneliti tindakan pelaksanaan kajian yang akan mula digerakkan ke seluruh Malaysia bagi tempoh enam (6) bulan bermula Jun 2024 untuk mengenalpasti sejauhmana pelaksanaan modul bagi Kursus Praperkahwinan Islam ini memberi manfaat kepada sasaran. Kajian akan mengguakan model Kickpatrick untuk menilai tahap rekasi, pengetahuan, kefahaman dan hasil pelaksanaan kursus ini kepada peserta.

LPPKN telah dihadiri oleh Ketua Unit Penyelidikan Penilaian, Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga, LPPKN, En. Irwan Nadzif bin Mahpul bersama pegawai beliau Puan Najihah binti Ismail dan Puan Lailina binti Khairudin. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Tuan haji Mohd Norizan bin Abg Ghani, Pengarah Bahagian keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM

Bersama Lppkn Bagi Melaksana Kajian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam 01

Bersama Lppkn Bagi Melaksana Kajian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam 02

Bersama Lppkn Bagi Melaksana Kajian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam 03

Bersama Lppkn Bagi Melaksana Kajian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam 04