Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
30 Mei 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Program Training of Trainers (ToT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI bertempat di Institut Kenegaraan Perdana (IKP), Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Mei 2024.

Seramai 50 orang peserta telah menghadiri program ini terdiri daripada pegawai kader JAKIM yang ditempatkan di kementerian dan agensi serta Jabatan Agama Islam Negeri,  pegawai Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta pegawai dari bahagian-bahagian di JAKIM.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memahami aplikasi Maqasid Syariah dalam dasar-dasar Kerajaan khususnya Malaysia Madani bagi memperkukuhkan penyuburan sifat ihsan dalam diri dan organisasi serta memartabatkan karamatul insan berasaskan akidah, keilmuan, nilai dan etika secara berterusan di samping meningkatkan pengetahuan berkenaan sejarah negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dasar semasa negara dan juga menyemat kesedaran penjawat awam tentang peranan dan tanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dan negara seterusnya dapat menyampaikan mesej-mesej dalam latihan ini kepada pelbagai kumpulan sasar masing-masing.

Program ini menampilkan beberapa penceramah jemputan; antaranya YBrs. Dr Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi (IPGM Bangi), YBrs. Dr Muhamad Saiful Bakri bin Yusoof (AKM), YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM serta barisan fasilitator AKM. Buku ‘Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam’ dan 3 siri Risalah Madaniyyat (Islam Agama Rahmah, Instisari Kesederhaan Islam dan Budaya Damai Dalam Sirah Nabi SAW) dijadikan rujukan dalam pengisian slot tazkirah sepanjang program.

YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program. Dalam ucapannya, beliau memberikan kepercayaan dan harapan agar semua peserta dapat memahami objektif dan kandungan yang telah disampaikan dengan baik serta berperanan secara bersama dalam membantu memberikan pemahaman serta pengamalan kepada nilai MADANI dalam kalangan umat Islam. Beliau juga menegaskan keperluan untuk semua peserta selaku penjawat awam yang telah mengikuti program ToT ini memahami kepentingan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air dan berusaha membina negara bangsa berasaskan ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 01

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 02

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 03

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 04

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 05

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 06

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 07

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS ToT MODUL LATIHAN KENEGARAAN MALAYSIA MADANI 08