Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
4 Jun 2024 telah selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan (JAPHEIK) kali ke-4 yg dipengerusikan oleh YBhg.Tan Sri Dato' Seri Ketua Setiausaha Negara di Hotel Everly Putrajaya.

Seramai 27 ahli telah hadir, terdiri daripada ahli-ahli yang dilantik oleh MKI dengan perkenan Majlis Raja-Raja, wakil-wakil negeri yang dilantik oleh DYMM Sultan-Sultan / Raja dan TYT Yang Di-Pertuan Negeri dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Fokus utama mesyuarat adalah bagi membincangkan beberapa perkara dasar pengurusan Islam merangkumi beberapa kertas cadangan dan makluman sebelum diangkat ke Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) nanti.


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan JAPHEIK 02

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan JAPHEIK 01

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan JAPHEIK 04

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan JAPHEIK 03