Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 28 hingga 29 Mei 2024, JAKIM, melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 (ATP) Bil.2/2024 yang telah dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri, wakil dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri, dan Bahagian Undang-Undang JAKIM telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menyemak dan menambahbaik Arahan Tetap itu.

Semakan Arahan Tetap tersebut telah mengambil kira proses yang bermula dari penerimaan maklumat, proses siasatan untuk kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tak boleh tangkap, pelaksanaan operasi, sehinggalah kepada penyediaan kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Penguat Kuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk bertindak berpandukan undang-undang dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri demi memastikan tindakan amar maaruf nahi mungkar dapat dilaksanakan sebaiknya.

Semakan Arahan Tetap ini diharapkan dapat menambahbaik skop tugas dan peranan Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam menguatkuasakan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.


Ke Arah Pemantapan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama 01

Ke Arah Pemantapan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama 02

Ke Arah Pemantapan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama 03

Ke Arah Pemantapan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama 04