Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Alor Setar, Kedah - 5 Jun 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Program Kunjung Hormat ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan Program Konsultasi Prosedur Operasi Standard (SOP) Berkaitan Penguatkuasaan Syariah kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Kedah Darul Aman.

Rombongan dari JAKIM diketuai oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS bersama-sama dengan Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, BPPPS, Puan Rini Yudesia binti Naswir, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat serta Tuan Mohd Zulfadhli bin Abd Rasid, Cik Hanizah binti Mokhtar dan Puan Noor Azlina binti Mohd Azim@Ejim yang masing-masing merupakan Penolong Pengarah Kanan di BPPPS.

YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abd. Halim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Puan Balkish binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah, Syeikh Bisyamuddin Azha bin Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Kedah dan Syeikh Zainul Mukhtar bin Abdullah Sirajuddin, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, JHEAIK serta para Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Kedah telah sudi menyambut dan meluangkan masa bersama-sama rombongan JAKIM dalam program yang julung-julung kali diadakan tersebut.

Pertemuan yang diadakan tersebut telah memberi ruang dan peluang kepada JAKIM dan JHEAIK berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan serta adicita dalam memperkasakan institusi penguatkuasaan Syariah khususnya. Turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai perkara berkaitan penggunaan sistem e-Jinayat yang telah dibangunkan oleh JAKIM, cadangan pelaksanaan Kajian Rintis Isu Penguatkuasaan Syariah yang dihasratkan oleh BPPPS JAKIM dan juga kerjasama untuk mengadakan Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di negeri Kedah.

Program Konsultasi Prosedur Operasi Standard (SOP) Berkaitan Penguatkuasaan Syariah yang dikendalikan oleh Tuan Mohd Zulfadhli bin Abd Rasid bersama dengan 24 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Negeri Kedah pula telah dilaksanakan di sebelah petang. 
Program yang diadakan ini telah memberi satu anjakan dalam membina jalinan kerjasama dan kolaborasi strategik antara JAKIM dan JHEAIK khususnya berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah.


Picture 3

Picture 2

Picture 4

Picture 1