Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Butterworth, Pulau Pinang - 6 Jun 2024, Program Kunjung Hormat kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Program Konsultasi Prosedur Operasi Standard (SOP) Berkaitan Penguatkuasaan Syariah kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Tuan Anuar bin Ismail, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pulau Pinang yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah menyambut baik kedatangan rombongan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diketuai oleh Puan Nafizah binti Md. Fauzi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM.

Dalam ucapan beliau, Tuan Anuar memuji langkah BPPPS memberikan penjelasan mengenai SOP atau garis panduan yang telah digubal dan dipersetujui sebagai satu usaha yang amat baik demi memaksimakan penyelarasan dan meminimakan perbezaan. Langkah ini adalah selari dengan salah satu peranan JAKIM selaku urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) iaitu untuk menyelaraskan perundangan Syariah di negara ini.

Program diteruskan dengan Konsultasi Prosedur Operasi Standard (SOP) Berkaitan Penguatkuasaan Syariah kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pulau Pinang yang telah dibentangkan oleh Tuan Mohd. Zulfadhli bin Abd. Rasid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 40 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pulau Pinang.


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3