Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SUNGAI PETANI,KEDAH, 6-8 JUN 2024 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa" bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah dengan penyertaan seramai 28 orang peserta (14 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Syeikh Hazizan bin Mat Desa, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIK. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu & Sehati Sejiwa" 2024. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

FASA BULAN MADU 1

FASA BULAN MADU 2

FASA BULAN MADU 3

FASA BULAN MADU 4

FASA BULAN MADU 5

FASA BULAN MADU 6

FASA BULAN MADU 7

FASA BULAN MADU 8