Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
JOHOR BHARU, 11-13 JUN 2024 - Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju' (KPNCR) kali ke 48 tahun 2024 telah diadakan pada 11 - 13 Jun 2024 bertempat di Hotel Grand Blue Wave (GBW). Persidangan ini diurusetiakan oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
 
Persidangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Persidangan KNPCR ini merupakan platform yang menghimpun Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Ruju’ seluruh Malaysia. Persidangan ini merupakan persidangan wajib setiap tahun bertujuan membincangkan serta menyelesaikan isu permasalahan berhubung pengurusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk isu-isu kekeluargaan serta sosial semasa.   

Ia juga sebagai medan untuk mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu perkahwinan yang tidak mengikut peraturan Negara dan berlawanan Enakmen/Akta. Persidangan ini juga diyakini mampu memperkasakan perkhidmatan terutama dalam pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk serta isu kekeluargaan dengan kepelbagaian strategi dan pendekatan agar perkhidmatan yang disediakan sampai kepada masyarakat dengan cepat dan berkesan. 
  
Sepanjang persidangan ini berlangsung, pelbagai isu-isu semasa NCR telah dibincangkan dan sebanyak empat (4) kertas makluman telah dibentangkan iaitu   : 
  
1. Pembentangan Kertas Makluman Penilaian Program bagi Kursus Pascaperkahwinan Islam      
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2021-2023 
2. Pembentangan Kertas Makluman Pembangunan Kalkultor Takwim Hijri Nasab dan Iddah 
3. Pembentangan Kertas Makluman Analisa Kajian Keperluan Sub Modul Kewangan Bagi Kursus   
    Praperkahwinan dan Pascaperkahwinan Islam 
4. Pembentangan Kertas Makluman Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam  
    Persidangan KPNCR kali ke-48 ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Mohd Fared Bin Haji     
    Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor di dalam Majlis   
    Tautan Mahabah anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor.  
  
Diakhir persidangan, YBrs. Pengerusi berharap agar segala perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui melalui persidangan ini dapat diselaraskan dan dilaksanakan bagi memacu institusi keluarga yang lebih baik dan sejahtera. Komited dan berusaha gigih bagi merealisasikan perancangan ini di negeri masing-masing seiring keputusan yang telah dicapai. 

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU 1

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU 4

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU 5

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU 6

PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU 3