Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
1-3 JULAI 2024 /KOTA KINABALU, SABAH
 
Tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) atas kejayaan penganjuran Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara objektif kursus ini adalah untuk melatih barisan pelapis fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam, melahirkan barisan fasilitator yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu mengendalikan slot LDK berpandukan modul bagi menggerakkan pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam di seluruh Malaysia.

Kursus ini berjaya menghimpunkan seramai 34 orang kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan JAKIM Sabah serta beberapa agensi lain. Ia dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 1 hingga 3 Julai 2024 bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Ahmad bin Hj. Yusop, Timbalan Pengarah (Pengurusan) mewakili Pengarah JHEAINS Sabah. Turut diserikan lagi dengan ucapan aluan daripada YBrs.Tuan Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Sepanjang program ini dijalankan, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan berdasarkan 4 fasa (tempoh perkahwinan) iaitu Fasa Bulan Madu (5 tahun tempoh usia perkahwinan) , Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun) , Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun ke atas). Para peserta diminta untuk melaksanakan simulasi berdasarkan setiap modul yang terdiri daripada beberapa slot seperti Ice Breaking, Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Akujanji. Slot LDK sepanjang program ini telah dikendalikan oleh Master Trainer terlatih, Tn. Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof. Pada akhir program setiap peserta telah dianugerahkan Sijil Kursus Asas Fasilitator dari JAKIM sebagai tanda pengiktirafan sebagai fasilitator.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua fasilitator dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat khususnya di negeri Sabah.

KURSUS ASAS FASILITATOR 1

KURSUS ASAS FASILITATOR 2

KURSUS ASAS FASILITATOR 3

KURSUS ASAS FASILITATOR 4

KURSUS ASAS FASILITATOR 5

KURSUS ASAS FASILITATOR 6

KURSUS ASAS FASILITATOR 7

KURSUS ASAS FASILITATOR 8

KURSUS ASAS FASILITATOR 9

KURSUS ASAS FASILITATOR 10