Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Karnival Mahabbah Komuniti Madani pada 5 dan 6 Julai 2024 (Jumaat - Sabtu) bersamaan 28 - 29 Zulhijjah 1445H di Masjid Jamek Ittihad Sg. Kob, Kulim, Kedah.

Program menyantuni komuniti ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Majlis Perbandaran Kulim, Pejabat Daerah Kulim, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah (JKR), Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Daerah Kulim, Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Pejabat Kebajikan Daerah Kulim, Kolej Komuniti Kulim, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK), Masjid Jamek Ittihad Kulim serta rakan-rakan strategik Syarikat Adabi, Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Antara aktiviti dan pengisian karnival ini adalah Solat Subuh Macam Jumaat, Funwalk, Slot Sembang Santai, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Menyediakan Kerabu Tradisional, Pertandingan Membaca Jawi Lama, Forum Perdana serta pelbagai lagi aktiviti lain.

Seramai 1000 orang peserta terdiri daripada rakan-rakan agensi di peringkat negeri, swasta, industri dan Badan Bukan Kerajaan. Turut memeriahkan karnival adalah warga belia, mahasiswa/siswi dan komuniti setempat sekitar Mukim Karangan.

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 01

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 02

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 03

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 04

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 05

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 06

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 07

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 08

KARNIVAL MAHABBAH KOMUNITI MADANI 09