Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
25 Jun 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah menganjurkan Program Penjelasan dan Penghayatan Buku ‘Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam’ karya Prof. Dr. Taha Jabir Fayyad Al-‘Alwani secara dalam talian.

Seramai 537 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan dan pensyarah-pensyarah daripada universiti, politeknik dan kolej dari seluruh Malaysia.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman serta penghayatan peserta terhadap buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam bagi mendepani ancaman pepecahan ummah dan mendamaikan golongan yang bertelingkah. Selain itu, mengawal isu perpecahan dalam kalangan ulama mewakili fikrah atau aliran pemikiran tertentu yang akhirnya melahirkan pengikut yang ekstrem sehingga menimbulkan perdebatan dan pergaduhan secara terbuka. Seterusnya melatih para guru dan asatizah memahami kandungan buku tersebut dan menyampaikannya kepada para pelajar di peringkat masing-masing sebagai panduan dalam menjalani kehidupan pada masa kini dan akan datang.

Program ini telah menampilkan panel khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia selaku penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Sesi perkongsian yang disampaikan penceramah adalah “Perselisihan Pendapat dan Sejarah Perkembangannya” serta “Perbezaan Manhaj Para Imam dalam Melestarikan Keharmonian Pandangan”. Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam telah digunakan sebagai rujukan oleh penceramah dan para peserta dalam program ini.

Program ini juga telah dirakam dan di muat naik di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tontonan dan rujukan para peserta serta orang awam.


Pautan Rakaman Program: https://zoom.us/rec/share/C3M1kyhmwQLgV7zXkPpRzHvWiYR.jyuHEXdvHnpVUEmy
Kata kunci: sJu=+6rE

program maqasid