Kurator Berita : Darul Quran
Seramai 25 orang pelajar semester 5 Syukbah Qiraat Nafi', Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat bersama pensyarah pengiring Ustaz Mohd Fakrurrazi bin Abdullah telah melaksanakan program khidmat masyarakat di Masjid An-Nur Felda Perasu, Gua Musang pada 27 hingga 29 September 2024.

Program anjuran Cawangan Akademik, melalui Jabatan Pengajian Umum, Seksyen Pengajian Am bersama Syukbah Qiraat ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar merancang serta bekerjasama dalam melaksanakan program kemasyarakatan.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh para pelajar bagi menjayakan program ini antaranya Haflah Tarannum, Forum Perdana, Tahsin Qiraah, Sahsiah Terpuji Akhlak Rabbani (STAR), Gotong Royong, Sukan Bersama Rakyat, Pemberian Bantuan Keperluan Asasi kepada Asnaf dan Ziarah Mahabbah.

Selain itu, pelajar juga telah menjadi imam bagi solat fardhu dan turut mengambil peluang berkongsi ilmu dalam slot tazkirah sepanjang program berlangsung.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Semoga khidmat masyarakat ini memberi impak maksimum kepada pelajar Darul Quran serta para pelajar sekolah yang terlibat.


Khidmat Masyarakat Syukbah Qiraat Nafi Aspirasi Bersama Felda 01

Khidmat Masyarakat Syukbah Qiraat Nafi Aspirasi Bersama Felda 02

Khidmat Masyarakat Syukbah Qiraat Nafi Aspirasi Bersama Felda 03

Khidmat Masyarakat Syukbah Qiraat Nafi Aspirasi Bersama Felda 04