Kurator Berita : Darul Quran
30 September 2024 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah-pensyarah di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) Siri 1 Tahun 2024 yang dilaksanakan di Dewan Maktabah, Darul Quran JAKIM. Seramai 40 orang penyelaras yang terdiri daripada Penyelaras Akademik di DQ dan LTDQ telah menghadiri taklimat yang diadakan pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada wakil @ Penyelaras Akademik di LTDQ berkaitan cara penggunaan Sistem MyDQ seterusnya melatih penyelaras untuk mengisi maklumat yang berkaitan melalui sesi praktikal di akhir sesi taklimat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pendaftar Darul Quran JAKIM, Encik Azizuddin bin Mohd Hashim. Taklimat Umum Pelaksanaan Sistem MyDQ telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, iaitu Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil. Turut hadir di dalam sesi taklimat ini ialah Pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM serta Syarikat Pembekal Rocker Web Sdn Bhd sebagai Vendor pembangunan sistem MyDQ 2.0.

Darul Quran JAKIM mengharapkan semua penyelaras LTDQ mendapat maklumat yang selaras berkaitan penggunaan Sistem MyDQ.


Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 01

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 02

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 03

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 04

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 05

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 06

Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Pensyarah LTDQ Siri 1 Tahun 2024 07