Kurator Berita : Darul Quran
1 Oktober 2024 - Jejak alumni Darul Quran kali ini telah diadakan di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang, Pahang Darul Makmur, juga dikenali dengan Masjid Negeri Pahang. Program ini berjaya mengumpulkan alumni Darul Quran khususnya dari kelahiran Pahang. Tausiyyah dan harapan juga telah disampaikan sendiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM.

Dalam pada itu, program jejak alumni juga berkesempatan menziarahi salah seorang alumni generasi pertama Darul Quran yang tersohor di tanah air dan masih bergiat aktif sebagai hakim Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau adalah ๐“๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ƒ๐ซ. ๐’๐ฒ๐š๐ข๐ค๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ yang juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara yang ke 12.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad adalah salah seorang daripada 8 orang pelajar terawal penubuhan Darul Quran iaitu pada tahun 1966 di Masjid Negara.

Isteri tercinta kepada Tan Sri Dato' Seri Dr. Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad juga kini berada dalam keadaan uzur dan didoakan semoga isteri beliau diberikan kesihatan dan kekuatan dengan keberkatan Al-Quran.


Semoga program jejak alumni kali ini dapat menjalinkan ukhuwah sesama alumni dan antara guru dan pelajar serta menjadi pembakar semangat alumni Darul Quran yang lain supaya terus bersama-sama dalam menggerakkan Darul Quran.


Jejak Alumni Darul Quran Jakim Siri 2 Pahang 01

Jejak Alumni Darul Quran Jakim Siri 2 Pahang 02

Jejak Alumni Darul Quran Jakim Siri 2 Pahang 03

Jejak Alumni Darul Quran Jakim Siri 2 Pahang 05

Jejak Alumni Darul Quran Jakim Siri 2 Pahang 06