Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
PUTRAJAYA - Hari kedua sesi libat urus Pasukan Strategik Halal Malaysia (PSHM) diteruskan pada 16 Oktober 2024 dengan lima (5) segmen.

Pengisian dipenuhi dengan sesi perkongsian daripada unit komunikasi korporat daripada agensi-agensi kerajaan dan korporat. Antara topik yang dibincangkan adalah pengalaman agensi-agensi mengendalikan media sosial terutamanya isu-isu tular dan krisis, pengurusan komunikasi dan media.

Perkongsian disampaikan oleh Puan Shahniza Azren binti Mohamed Shah dari Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN), Encik Mohd Fatiazee bin Ab Aziz dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Puan Raja Zalina Raja Safran dari syarikat Mondelez Malaysia Sales Sdn Bhd dan Puan Norshimah Ariffin dari Kementerian Komunikasi.

Hari kedua sesi libat urus diakhiri dengan slot diskusi pengurusan kandungan media yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Najmuddin bin Zulkeflee, Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Sesi ini diatur bagi mencambahkan idea pasukan strategik halal Malaysia bagi membangun kandungan media halal untuk memberikan kesedaran dan memperluas kempen-kempen halal.

Semoga pengisian yang disusun dapat memberikan impak baik dalam memperkasa komunikasi strategik halal Malaysia.


Hari Kedua Sesi Libat Urus PSHM Diteruskan 01

Hari Kedua Sesi Libat Urus PSHM Diteruskan 02

Hari Kedua Sesi Libat Urus PSHM Diteruskan 03

Hari Kedua Sesi Libat Urus PSHM Diteruskan 04

Hari Kedua Sesi Libat Urus PSHM Diteruskan 05