Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Cyberjaya, 20-22 November 2024 – JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah berjaya mengadakan Bengkel Kemahiran Open Source Intelligence (OSINT) dan Pengendalian Siasatan Kes Jenayah Syariah di Platform Dalam Talian dengan kerjasama padu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sepanjang Bengkel tersebut, SKMM komited berkongsi kepakaran kepada 40 peserta yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai JAKIM, Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) dan Pegawai Penyelidik, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia demi memenuhi objektif utama Bengkel iaitu untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan teknik atau cara untuk mendapatkan serta menganalisa maklumat menggunakan sumber terbuka (open source).

Bengkel yang diadakan selama 3 hari tersebut turut menekankan aspek digital forensik, pemeliharaan data, serta penyediaan laporan profiling. Peserta juga diberi kesempatan untuk mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh melalui sesi praktikal OSINT yang dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman.

Antara penceramah yang terlibat dalam Bengkel ini adalah Puan Nurhaliza Yahaya dari CRD SKMM, Encik Mohamad Sufi Aiman Mokhtar dan Encik Faris Hakeem Mohamed Azmi dari NID SKMM, Encik Muhammad Shahrin Ikhmal Abd Rahman dari DFD SKMM serta Encik Muhammad Firdaus Harun dan Encik Sharizzaman Ahmad dari ED SKMM.

Dengan kejayaan penganjuran Bengkel yang merupakan salah satu daripada program Pembangunan Kompetensi kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama ini, diharapkan Pegawai Penguat Kuasa Agama dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran baru mereka untuk menyiasat dan mengendalikan kes jenayah Syariah dalam talian dengan lebih berkesan dan beretika. Terima kasih SKMM atas kerjasama, bimbingan dan tunjuk ajar.

SKMM OSINT 01

SKMM OSINT 02

SKMM OSINT 03

SKMM OSINT 04

SKMM OSINT 05

SKMM OSINT 06

SKMM OSINT 07

SKMM OSINT 08