Dewan Negara pada 19 Disember 2024 telah meluluskan RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga RUU tersebut sebelum dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negara.
Kejayaan kedua-dua RUU tersebut adalah hasil komitmen dan kerjasama pelbagai agensi termasuklah JAKIM, JKSM, MAIWP, JAWI, JAPENSWP, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara dan JAWHAR.
Kejayaan pembentangan kedua-dua RUU tersebut menunjukkan usaha dan komitmen Kerajaan yang berterusan dalam memantapkan pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan merupakan kejayaan bagi agensi agama di bawah kepimpinan YB Menteri (Hal Ehwal Agama).