Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA, 20 Januari 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah dengan kerjasama Bahagian Penerbitan telah mengadakan Kelas Eksplorasi Maqasid: Kupas Tuntas Buku “Kaedah Maqasid Al-Shari’ah” Siri 1/2025 di Perpustakaan JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya dengan dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional JAKIM dan juga Kumpulan Pelaksana JAKIM.

Buku “Kaedah Maqasid Al-Shari`ah” adalah karya asal oleh Pelopor Maqasid Syariah yang tersohor iaitu Shaykh Prof. Dr. Ahmad al- Raysuni dan telah diterjemah oleh Ustaz Marwan Bukhari A Hamid. Bahagian ini tidak melepaskan peluang untuk mengundang Ustaz Marwan Bukhari yang juga merupakan seorang felo daripada Maqasid Institut Malaysia (MIM) dan penyelidik yang berkepakaran dalam bidang Maqasid Al-Syari`ah.

Objektif program ini adalah untuk memberikan kefahaman dan penjelasan yang lebih terperinci tentang 80 kaedah-kaedah Maqasid Syariah yang boleh diaplikasikan dalam konteks semasa khususnya dalam kehidupan seharian dan pengurusan tatakelola yang bersandarkan nilai-nilai murni serta berorientasikan kemaslahatan masyarakat sejajar dengan matlamat Syariah. Program kupasan buku ini dijadualkan berlangsung sebanyak 16 siri sepanjang tahun 2025.

Program Kelas Eksplorasi Maqasid Siri 1 ini telah berakhir dengan jayanya hasil  kerjasama dan komitmen setiap peserta dalam meneroka khazanah ilmu Islam.

KELAS EKSPLORASI MAQASID 01

KELAS EKSPLORASI MAQASID 02

KELAS EKSPLORASI MAQASID 03