Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, 12 FEBRUARI 2025 – Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti hari ini melalui Unit Bimbingan PLHIV , Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti telah mengadakan Bengkel Manual ‘Ilaj Home siri 1 tahun 2025. Bengkel berlangsung di Bilik Al Falah, ‘Ilaj Home Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Bengkel dimulakan dengan slot pertama dengan kupasan mengenai tajuak Manual Kaunseling Syarie yang disampaikan oleh YBrs. Dr Md Noor bin Saper, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan seterusnya slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Mahyuddin bin Ismail , pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan tajuk Manual ‘Ilaj Syarie. Kedua – dua penceramah jemputan ini merupakan panel pakar yang terlibat di dalam membangunkan Manual Ilaj Home yang bertujuan sebagai panduan pengoperasian Ilaj Home ini.

Bengkel diadakan dengan harapan dapat memberi panduan dan dorongan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Ilaj Home ini dalam memahami pengendalian klien PLHIV dan mempelajari kaedah Kaunseling Syarie dan Ilaj Syarie.

Ucapan penutupan dan penangguhan program disempurnakan oleh YBrs. Puan Noorhaliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Bengkel ini akan diteruskan lagi dengan siri yang ke dua di masa akan datang bagi memastikan pegawai di Ilaj Home mendapatkan panduan sebaiknya dan bersedia di dalam mengendalikan klien PLHIV.


Bengkel Manual Ilaj Home11

Bengkel Manual Ilaj Home01

Bengkel Manual Ilaj Home02

Bengkel Manual Ilaj Home05

Bengkel Manual Ilaj Home06

Bengkel Manual Ilaj Home07

Bengkel Manual Ilaj Home08

Bengkel Manual Ilaj Home09

Bengkel Manual Ilaj Home10