Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2025 – Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah, Jabatan arah KAGAT dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah menganjurkan Kursus Asas Training of Trainer (TOT) Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) mulai 25 - 26 Feb 25 bertermpat di Dewan Solahuddin al-Ayubbi, Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri 85 orang peserta Pegawai dan PTTK KAGAT Lembah Kelang. Kursus ini merupakan latihan dan kemahiran kepada peserta (bakal penceramah MBKPI) dalam mengendalikan modul ini yang seterusnya akan memberi pengiktirafan kepada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam. Kursus ini telah disampaikan oleh 10 orang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dalam berkongsi tips dan pengalaman menjadi penceramah yang kompeten, berdedikasi dan berkaliber.

Menurut Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini, Ketua Sekretariat Kursus Asas Training of Trainer (TOT) Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI), objektif kursus ini adalah bertujuan sebagai latihan yang wajib diikuti oleh individu untuk mendapat sijil kelayakan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam dan memberi maklumat serta pendedahan terbaru kandungan MBKPI.

Sepanjang kursus para peserta telah diberikan bimbingan sebagai penceramah atau pengajar meliputi keseluruhan kandungan modul iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Komunikasi Suami Isteri, Tanggugjawab Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Stress dan Konfllik, Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus serta Pembubaran Perkahwinan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Ab Jabar bin Mohamad Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Islam KAGAT yang mewakili Ketua Pengarah KAGAT. Turut hadir semasa Majlis Perasmian Penutup adalah YBhg Tn Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

tot

tot1

tot2

tot3

tot4

tot5

tot6

tot7

tot8

tot9