Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Pusat Pentadbiran ZON 5 dan 6, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Manual Islam HIV / AIDS bagi tahun 2025.

Antara Objektif bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai masjid zon 5 dan 6 berkaitan isu berkenaan HIV/AIDS menurut perspektif Islam dan perubatan dan memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada peserta mengenai stigma yang biasa dihadapi oleh ODHA (Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS) dan bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasinya.

Slot pertama di sampaikan oleh YBrs. Dr Nurul Aida bin Salleh , pakar kesihatan Keluarga di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur berkatan Virus HIV dan AIDS: Satu Penjelasan. Slot kedua kemudiannya disampaikan pula oleh YBrs. Professor Dr Rafidah Hanim binti Mokhtar , penyarah dan penyelidik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkenaan tajuk Pengiktirafan Gender Ketiga (Third Gender): Analisis Kesan & Implikasi.

Majlis Perasmian Penutupan bengkel disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK JAKIM. Adalah diharapkan agar bengkel ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebis jelas kepada para peserta berkenaan isu HIV/ AIDS dan LGBT khususnya.

hiv1

hiv2

hiv3

hiv4

hiv5

hiv6