Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
KLIA, 18 Mac – Mohamad Hakim bin Mohd Hisam, 22, akan mewakili Malaysia dalam The 32nd International Hashemite Competition for Holy Quran Recitation and Memorization yang berlangsung di Jordan dari 18 hingga 26 Mac 2025. Beliau akan bertanding dalam kategori hafazan 30 juzuk.

Majlis pelepasan telah diadakan petang tadi di Balai Pelepasan Antarabangsa, KLIA Terminal 1, dan diwakili oleh pegawai Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM, Ustaz Muhamad Fadhli bin Ahmat.

Selamat maju jaya kepada Saudara Hakim. Semoga kejayaan mengiringi perjuangannya.

Hakim Wakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah dan Hafazan di Jordan 01

Hakim Wakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah dan Hafazan di Jordan 02

Hakim Wakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah dan Hafazan di Jordan 03