Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 25 APRIL 2025 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Dewan Syura A,  Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Haji Ismail,  dan dihadiri oleh wakil agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), dan beberapa Bahagian di JAKIM.

Mesyuarat pada kali ini bertujuan menganalisa pelaporan program-program berkaitan Inisiatif Lelaki Qawwam yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi sepanjang tahun 2024, menyelaras perancangan program bagi tahun 2025, dan mendapatkan pandangan ahli mesyuarat bagi penambahbaikan program serta promosi Inisiatif Lelaki Qawwam.

Pendekatan ini bukan sekadar naratif keagamaan, tetapi satu usaha pembudayaan tanggungjawab yang berteraskan nilai Islam dan keteladanan, serta langkah preventif kepada permasalahan sosial. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi ke seluruh negara program peningkatan kesedaran peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin, pembimbing, dan pelindung dalam memperkasa  institusi keluarga dan masyarakat.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 01

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 02

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 03

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 04

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 05

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 06

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Inisiatif Lelaki Qawwam 07