KUALA LUMPUR, 18 Mei – Sesi saringan bagi peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali ke-65 akan berlangsung secara atas talian bermula 19 hingga 23 Mei 2025 sebagai persediaan menjelang majlis utama yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos 2025 di World Trade Center, Kuala Lumpur.
Saringan kategori Tilawah akan diadakan pada 19 dan 20 Mei, melibatkan seramai 31 orang peserta dari 27 buah negara, terdiri daripada 22 peserta lelaki dan 9 peserta perempuan.
Manakala kategori Hafazan akan dilaksanakan pada 21 hingga 23 Mei dengan penyertaan seramai 49 orang peserta dari 41 buah negara, yang terdiri daripada 33 lelaki dan 16 perempuan.
Kesemua sesi saringan ini akan dijalankan secara dalam talian dan orang ramai boleh menyaksikan siaran tertunda setiap hari sepanjang tempoh tersebut.
MTHQA ke-65 merupakan platform tahunan berprestij yang menghimpunkan para qari dan huffaz dari seluruh dunia bagi memperkukuh ukhuwah Islamiah serta mengangkat syiar Al-Quran di peringkat antarabangsa.





