Kurator Berita : Darul Quran
Bengkel URS Peningkatan Sistem MyDQ Siri 2 telah berlangsung pada 14 hingga 16 Mei 2025 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada siri pertama dengan tumpuan utama diberikan kepada pemurnian dan penambahbaikan dokumen User Requirement Specification (URS) bagi sistem MyDQ.

Seramai 64 orang peserta telah terlibat, terdiri daripada wakil-wakil pelbagai cawangan dan jabatan di Darul Quran (DQ). Unit ICT serta Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM telah bertindak sebagai urus setia dan penasihat teknikal sepanjang bengkel ini berlangsung.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyemak semula keperluan sistem, mengenal pasti cadangan penambahbaikan, serta menyelaras aliran kerja bagi memastikan sistem yang dibangunkan lebih efisien, mesra pengguna dan menepati keperluan semasa. Segala maklum balas yang dikumpulkan akan menjadi asas penting dalam pembangunan sistem MyDQ yang lebih mantap dan berkesan.

Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pihak urus setia atas komitmen serta usaha berterusan dalam memantapkan sistem MyDQ.