14 Mei 2025 – Satu lawatan rasmi daripada Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), telah diadakan di kampus Darul Quran, JAKIM, di Kuala Kubu Bharu hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan pendidikan tahfiz di Selangor bagi program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).
Delegasi PITAS yang diketuai oleh YBrs. PU Dr. Muhamad Hafiz Bin Muhamad Haneefa A.M.S, telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim (Pengarah Darul Quran JAKIM) dan pegawai-pegawai Cawangan Kualiti Darul Quran. Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan pengiktirafan pendidikan tahfiz di Selangor di samping beberapa perkara melibatkan pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).
Semoga pertemuan pada hari ini dapat mewujudkan kerjasama kedua-dua pihak dlm memertabatkan Al- Quran di Malaysia.


