Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA , 13-14 Mei 2025 - Telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya satu bengkel bagi mengemaskini kandungan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Siri II. Bengkel bagi siri I telah diadakan pada 18-19 Februari 2025 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Ahli bengkel terdiri daripada para penggubal dari pelbagai agensi berkaitan serta wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Antara yang hadir memberi sumbangan dalam siri bengkel ini ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper dari UPSI, En. Mohd Khairul Asyraf bin Muhammad Karid dan En. Mohd Saidi bin Yaacob dari AKPK, En. Mohd Shazril Amri bin Taifik dari EPF serta wakil-wakil dari JAIN, antaranya Us. Mohd Khairil bin Wasli, Us. Muhammad Zuhdi Bin Wan Abdul Razak, Puan Nik Suhaila Binti Nik Hussin, Puan Nor Asniah Binti Mohd Noh, Puan Iman Binti Mohamad Hassan, Ustaz Muhammad Imran Bin Mohamed Radzi dan lain-lain. Turut bersama dalam bengkel ini pegawai JAKIM dari pelbagai bahagian, seperti Bahagian Penyelidikan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan Bahagian Undang-undang.

Menerusi bengkel yang diadakan bagi Siri II ini, 10 tajuk kandungan MBKPI yang digunakan sebagai panduan kepada penceramah dalam melaksanakan Kursus Praperkahwinan Islam telah dikemaskini bagi memastikan kandungan modul yang relevan dan sesuai dengan kehendak sasaran peserta pada masa kini. Bagi tujuan menyemak kandungan tersebut, kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini menjadi asas bagi mengenalpasti topik dan kandungan yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff bagi mewakili YBhg. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 01

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 08

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 02

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 03

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 04

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 05


BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 06

BENGKEL KEMASKINI KANDUNGAN MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM MBKPI 07