Kurator Berita : Darul Quran
23 Mei 2025 - Bagi merealisasikan hasrat melahirkan Huffaz teknokrat dan menjadikan ILP SELANDAR sebagai institut latihan perindustrian Ulul Albab, satu nota kerjasama ditandatangani antara ILP Selandar dan Darul Quran JAKIM.

Majlis menandatangani nota kerjasama ini telah disempurnakan bagi pihak JAKIM oleh YBhg. Ustaz Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM. Manakala bagi pihak ILP SELANDAR disempurnakan oleh YBhg. Ts. Rostam bin Hashim, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Selandar, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Majlis ini juga turut disaksikan oleh YBrs. Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dan Yang Hormat Dato’ Zaliza bin Zulkipli, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Dengan termeterainya perjanjian nota kerjasama ini, maka secara rasminya ILP Selandar berdaftar sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah Sijil Perakuan Hafazan Bertahap yang pertama sejak program itu mula diperkenalkan.

Perakuan tauliah daripada Darul Quran pada 26 Mei 2025 mengiatkan lagi usaha penting dalam memperkasakan pendidikan integrasi antara kemahiran teknikal dan hafazan al-Quran.

Program TVET Tahfiz yang dilaksanakan di ILP Selandar menawarkan pendekatan holistik dengan menggabungkan latihan vokasional berteraskan kemahiran dan pengulangan hafazan secara sistematik. Inisiatif ini menyokong aspirasi melahirkan generasi teknokrat MADANI yang berpegang teguh kepada nilai-nilai al-Quran.

Darul Quran mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga ILP Selandar atas komitmen dalam menjayakan agenda pembangunan modal insan berteraskan al-Quran dan kemahiran.

Majlis menandatangani nota Kerjasama antara ILP Selandar dan DQ JAKIM 01

Majlis menandatangani nota Kerjasama antara ILP Selandar dan DQ JAKIM 02

Majlis menandatangani nota Kerjasama antara ILP Selandar dan DQ JAKIM 03

Majlis menandatangani nota Kerjasama antara ILP Selandar dan DQ JAKIM 04