Darul Quran telah menganjurkan Bengkel Kompetensi Juruaudit Dalaman Darul Quran yang berlangsung selama tiga hari pada 28-30 Mei 2025. Bengkel ini disampaikan oleh pihak INOCREATIVE dan dibimbing oleh Tuan Ridzuan Mohamad.
Bengkel ini telah diadakan dengan objektif utama untuk memperkukuh kompetensi juruaudit sedia ada dan baharu dalam menjalankan audit dalaman yang lebih efektif dan sistematik.
Bengkel ini diharapkan dapat membantu juruaudit Dalaman Darul Quran untuk melaksanakan tanggungjawab audit dengan lebih cekap, profesional, dan berintegriti, sejajar dengan aspirasi kualiti institusi kita.
Dikesempatan ini juga, Pengarah Darul Quran menyerahkan surat lantikan juruaudit kepada 32 pegawai seterusnya merasmikan pembukaan Audit Dalaman Darul Quran 2025 bermula dari 29 Mei 2025 hingga 20 Jun 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua juruaudit yang telah berjaya mengikuti bengkel ini dengan penuh dedikasi untuk menjadikan pengurusan kualiti Darul Quran bertaraf antarabangsa melalui Piawaian ISO 21001:2018, MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014.







