Kurator Berita : Darul Quran
10 Jun 2025 – Darul Quran telah mengambil inisiatif melaksanakan ibadah korban demi memperkukuh semangat kebersamaan dan memenuhi tuntutan agama melalui Program Ibadah Korban DQ 1446H/2025M.

Program ini dianjurkan oleh Unit Pusat Islam melalui Cawangan Hal Ehwal Pelajar, dengan penyertaan Tuan Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, serta melibatkan pelbagai cawangan lain seperti Pentadbiran, Akademik dan Kualiti.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini disertai oleh seramai 70 orang sukarelawan, dengan pelaksanaan ibadah korban melibatkan penyembelihan tiga ekor lembu dan seekor kambing.

Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong melapah daging serta memasak bagi meraikan warga Darul Quran yang terdiri daripada kakitangan dan para pelajar.

Daging korban hasil sembelihan turut diagihkan kepada peserta serta warga DQ yang dikenal pasti sebagai asnaf.

Program ini dilihat bukan sahaja dapat memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti, malah turut menyemarakkan pelaksanaan tuntutan agama dalam suasana penuh harmoni.

Adalah diharapkan agar Program Ibadah Korban DQ ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh warga Darul Quran.

Aktiviti kurban 2025 01

Aktiviti kurban 2025 02

Aktiviti kurban 2025 03

Aktiviti kurban 2025 04