Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

GURUN, KEDAH, 31 JULAI-2 OGOS 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 2025 pada 31 Julai 2025 hingga 2 Ogos 2025 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Peserta kursus adalah seramai 15 pasangan suami isteri (30 orang) yang terdiri daripada masyarakat awam di negeri Kedah yang telah melalui tempoh perkahwinan 21 tahun ke atas. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr Nazirah binti Hashim, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Kedah, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh Pn. Nurul Shuhaida binti Mohd Shukri selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi oleh Sheikh Khairul Firdaus bin Hj. Abu Bakar selaku Perundingcara JHEAIK serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh Sheikh Mohd Nazif bin Haji Zakaria, Penolong Pengarah Kanan JHEAIK. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En Hasli bin Othman dan En Zainuddin bin Othman.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Syeikh Hazizan bin Mat Desa, Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk JHEAIK. Manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 2025. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 1

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 2

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 3

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 5

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 6

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah 7