10 September 2025 – Darul Quran JAKIM telah menerima kunjungan daripada Sekolah Tahfiz & Anak Yatim, Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) pada hari ini.
Delegasi ini telah diketuai oleh Mejar Zanita binti Ishak bersama dua orang pegawai pengiring. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pengarah Darul Quran, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). Pihak sekolah menyatakan hasrat untuk mengintegrasikan program hafazan secara sistematik agar para pelajar tahfiz dan anak yatim di bawah seliaan ATM dapat memperoleh pengiktirafan rasmi.
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai kaedah terbaik dalam memperkasakan pendidikan tahfiz khususnya dalam kalangan anak-anak yatim dan warga ATM, sejajar dengan usaha melahirkan generasi huffaz yang berkualiti dan berdaya saing.





