Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER-1 OKTOBER 2025 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) berkolaborasi dengan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kaunseling Syarie. Program dua hari yang diadakan di Dewan MESS PDRM Bukit Aman Kuala Lumpur dihadiri oleh 52 orang pegawai hal ehwal Islam yang bertugas di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Penganjuran program ini menetapkan objektif untuk memberi gambaran dan bimbingan kepada para peserta dalam mengaplikasi pendekatan kaunseling syarie semasa mengendalikan sesi khidmat nasihat di lapangan tugas. Sebagai nilai tambah para peserta juga diberi pendedahan ilmu psikospiritual Islam agar dapat diaplikasikan bersama teknik kaunseling syarie ketika sesi khidmat nasihat.

Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam proses memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada klien kelak. Slot perkongsian ilmu dan simulasi kaunseling syarie dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Md Noor bin Saper manakala slot psikospiritual Islam dikendalikan oleh Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin. Kedua-dua penceramah jemputan terlibat secara langsung dalam membangunkan modul berkaitan bersama Bahagian KSK JAKIM.
Semoga dengan penganjuran program begini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai hal ehwal Islam yang sedang berkhidmat di BAKA PDRM selanjutnya dapat memberi perkhidmatan dengan lebih berkesan.

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 01

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 02

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 03

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 04

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 05

Kolaborasi Penganjuran Program Latihan Dalam Perkhidmatan Program Syarie Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Baka Pdrm 06