PUTRAJAYA, 26 September 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) buat julung kalinya menganjurkan Taklimat Garis Panduan Perkhidmatan TASKA Berteraskan Maqasid Syariah bersama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan mengenai garis panduan yang dibangunkan JAKIM sebagai persediaan awal pelaksanaan Seminar Garis Panduan Perkhidmatan TASKA Berteraskan Maqasid Syariah yang akan melibatkan pengusaha TASKA berdaftar di seluruh negara.
Dalam sesi tersebut, Cawangan Maqasid Syariah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM membentangkan model Maqasid Syariah sebagai asas dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan TASKA yang menekankan aspek kesejahteraan ummah. Taklimat ini juga akan diperluaskan kepada KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara.
Inisiatif ini merupakan usaha strategik bagi memastikan perkhidmatan TASKA bukan sahaja memenuhi keperluan asas pendidikan dan penjagaan, malah berpaksikan Maqasid Syariah yang memberi penekanan kepada kesejahteraan ummah secara holistik.
Penganjuran taklimat ini menjadi langkah awal yang signifikan ke arah memperkukuh tadbir urus TASKA berlandaskan Maqasid Syariah demi kesejahteraan masyarakat.



