Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya, 3 November 2025 – “Pendekatan maqasid bukan sekadar bersifat teori, tetapi menjadi panduan praktikal dalam membentuk dasar dan tadbir urus yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan kemaslahatan umum”, demikian ucapan  YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM, ketika menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Eksplorasi Maqasid Syariah: Kupas Tuntas Buku “Kaedah Maqasid al-Shari‘ah” di Perpustakaan JAKIM, Putrajaya. Beliau turut menyeru agar semangat penghayatan maqasid diterapkan dalam setiap aspek pelaksanaan dasar dan program di JAKIM serta agensi Islam yang lain.

Program siri ke-16 ini merupakan penutup kepada rangkaian 16 siri eksplorasi ilmiah yang dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Siri terakhir ini memberi tumpuan khusus kepada Kaedah 78 hingga 80 dalam Bab 9 buku Kaedah Maqasid al-Shari‘ah, yang membincangkan Kaedah Penyingkapan Maqasid al-Shariah (Kashf al-Maqasid) iaitu kaedah untuk menyingkap tujuan-tujuan syariah melalui pendekatan analisis mendalam terhadap teks dan konteks hukum Islam.

Turut hadir menyerikan majlis ini adalah Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, serta. YBrs. Encik Azman bin Mat Hassan, Pengarah Penerbitan JAKIM.

Sepanjang siri kursus ini, telah membimbing peserta melalui sesi kupasan ilmiah yang padat dan berwawasan. Beliau juga merupakan penulis, penterjemah dan penyelidik bagi karya penting tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ustaz Marwan Bukhari bin A. Hamid, selaku penceramah daripada Maqasid Institut Malaysia (MIM), Bahagian Penerbitan dan semua pihak yang telah menjayakan kursus ini yang menjadi antara inisiatif utama memperkukuh kefahaman Maqasid Syariah dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam.

Kupas Tuntas Buku Kaedah Maqasid Al Shariah Siri Ke 16 Penutup Tirai Kursus Eksplorasi Maqasid 01

Kupas Tuntas Buku Kaedah Maqasid Al Shariah Siri Ke 16 Penutup Tirai Kursus Eksplorasi Maqasid 02

Kupas Tuntas Buku Kaedah Maqasid Al Shariah Siri Ke 16 Penutup Tirai Kursus Eksplorasi Maqasid 03

Kupas Tuntas Buku Kaedah Maqasid Al Shariah Siri Ke 16 Penutup Tirai Kursus Eksplorasi Maqasid 04

Kupas Tuntas Buku Kaedah Maqasid Al Shariah Siri Ke 16 Penutup Tirai Kursus Eksplorasi Maqasid 05