Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Huffaz (SUKFAZ) 2026 Darul Quran JAKIM telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran, bermula jam 9.00 pagi.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran JAKIM. Turut hadir memeriahkan majlis ialah isteri beliau, Puan Suzanah binti Kamaluddin, serta para pegawai dan kakitangan Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Darul Quran.
Majlis penutup ini turut diserikan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang Kejohanan Sukan Huffaz (SUKFAZ) 2026 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang serta semangat kesukanan yang ditonjolkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, serta ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang penganjuran program ini, khususnya kepada pihak penganjur, barisan urus setia, para peserta serta seluruh warga Darul Quran yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Program ini diharapkan dapat terus memperkasa pembangunan sahsiah huffaz, memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga Darul Quran, serta membudayakan persekitaran biah solehah selaras dengan aspirasi institusi.










