BAYAN LEPAS, 27 JANUARI 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-129 bertempat di Hotel Iconic Marjorie, Pulau Pinang. Persidangan yang bermula pada 26 hingga 29 Januari 2026 ini menghimpunkan barisan para mufti seluruh Malaysia dan tokoh akademik serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang teknikal dan sains bagi membincangkan, meneliti dan memutuskan pandangan hukum mengenai isu-isu kontemporari yang semakin kompleks demi menjamin kemaslahatan umat Islam di Malaysia secara syumul dan holistik.
Melalui platform ini, sinergi kepakaran di antara JAKIM dan agensi- agensi yang terlibat digembleng bagi memastikan setiap keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpaksikan kepada penyelidikan yang mendalam dan fakta yang sahih seterusnya memberikan manfaat dan impak yg maksima kepada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat awam.
















