PUTRAJAYA, 9 Mac 2026 – Satu pertemuan berimpak tinggi telah berlangsung hari ini di Kompleks Islam Putrajaya bagi membincangkan masa depan instrumen kewangan Islam negara.
Sesi ini memfokuskan kepada Kajian Berkaitan Hibah Ruqbah.
Pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Amran bin Hj Awaludin (Pengarah Kanan Penyelidikan JAKIM) bersama delegasi Maybank Islamic Berhad yang diterajui oleh Professor Dato’ Dr Aznan Hasan.
Penyelitian kertas kajian ini oleh Cawangan Muamalat JAKIM bertujuan memastikan setiap inovasi perbankan bukan sahaja kompetitif, malah patuh syariah sepenuhnya demi melindungi maslahah pengguna.
JAKIM terus komited memartabatkan industri kewangan Islam Malaysia di persada dunia melalui tadbir urus yang mantap.
#JAKIM #MaybankIslamic
#HibahRuqbah #KertasKajian
#KewanganIslam #Syariah2026 #MalaysiaMadani





#HibahRuqbah #KertasKajian
#KewanganIslam #Syariah2026 #MalaysiaMadani





